My . My Thoughts.

1 MALAYSIA

At » 1:59 AM // 0 Comments »
project6


Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan..

Kemajuan Malaysia dalam Bidang Pengangkutan

At » 1:37 AM // 0 Comments »


Kejayaan Malaysia

Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara yang telah mencapai kejayaan
dalam pelbagai bidang. Kemajuan negara pada hari ini telah menempa nama
di seantero dunia. Bincangkan kemajuan negara Malaysia pada hari ini.



Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan
luar biasa dalam pelbagai bidang. Bidang yang dikecapi termasuklah
perusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar langit, aeroangkasa,
pengangkutan dan perhubungan, serta bidang sukan. Kejayaan-kejayaan
luar biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di
persada antarabangsa. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu
menandingi kejayaan yang ditempa oleh orang barat yang jauh lebih maju
daripada kita. Kejayaan Malaysia dalam pelbagai mampu menyuntik
semangat ingin cuba dalam kalangan anak watan untuk meneroka
bidang-bidang yang baru. Secara tidak langsung, Malaysia mampu berusaha
untuk mencapai kejayaan mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.

Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil merupakan
mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia,
terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu
Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Outomobil Kedua
Sdn.Bhd (PERODUA). Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton
Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai 1985. Kejayaan ini telah
menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri
setanding kereta asing. Melalaui syarikat PERODUA pula, kereta yang
dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva dan
lain-lain. Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat
Malaysia membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti
Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Hasil eksport
kereta nasional menyumbang besar dalam pendapatan negara. Contohnya,
pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport 20,675 unit kereta
penumpang ke luar negara yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam
Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9 juta.

Pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan
Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan
negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala
Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibina pada tahun 1995. Menara ini
mempunyai bentuk yang tirus dan ketinggiannya ialah 421 meter. Reka
bentuk menara ini banyak dipengaruhi oleh seni bina Islam dan berfungsi
sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat
telekomunikasi. Bagi bangunan Menara Berkembar PETRONAS, bangunan ini
merupakan menara kembar tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian
452 meter. Menara Berkembar PETRONAS direka oleh arkitek Cesar Pelli
dan disiapkan pada Mac tahun 1996. Menara ini mempunyai cirri-ciri
keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Jika
berlaku bencana alam seperti gempa bumi, menara ini akan condong
mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Ciri-ciri istimewa
menara ini telah menjadi destinasi pelancongan dan menarik banyak
pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun.






Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila
kita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I
dan MEASAT II pada bulan September 2000. Malaysia juga melancarkan
mikrosatelit yang pertama ,iaitu TIUNG SAT ke angkasa lepas. Pelancaran
satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang
mempunyai satelit angkasanya sendiri. Kejayaan pelancaran ini merupakn
permulaan kepada teknologi penerokaan angkasa lepas pada 10 Oktober
2007. Sememangnya, program penghantaran angkasawan negara yang pertama
telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini
telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar
mata pelajaran sains dan teknologi. Oleh itu, Dr Sheikh Musazaphar
Shukor Sheikh Mustapha berperanan sebagai “Duta Angkasa Malaysia” untuk
menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah-sekolah di seluruh negara.
Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains
tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam
bidang angkasawan.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa
nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem
pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, PUTRA, monorail, Lebuh
Raya Utara-Selatan dan Terowong ***ART. KLIA ialah lapangan terbesar di
negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di
rantau Asia Tenggara. KLIA telah terpilih sebagai lapangan terbang yang
pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan Sijil Airport Service
Quality(ASQ) yang diberi daripada Airport Council International(ACL).
Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT),
KTM, monorail dan PUTRA menjimatkan masa,wang dan tenaga kepada
pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan
teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong ***ART dibina di
Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowang ***ART merupakan lencongan air
yang terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai struktur jalan dan
perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer. Pembinaan terowang ini
bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama
Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di
Malaysia ialah Nicol Ann David. Nicol ialah pemain skuasy Malaysia yang
pernah menjadi pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau juga
merupakan orang Asia pertama yang menjuarai kejohanan Remaja Dunia
sebanyak dua kali. Pada Jun 2008, kerajaan Malaysia telah
menganugerahkan Darjah Bakti(DB) kepada Nicol Ann David untuk
menghargai pencapaiannya dalam bidang skuasy. Selain bidang skuasy,
nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Lee
Chong Wei. Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton
professional di Malaysia. Dia selalu menyertai pertandingan badminton
di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang.
Contohnya, semasa Sukan Konmawel 2006 yang diadakan di
Melbourne,Australia, Lee Chong Wei berjaya mendapat kejohanan dalam
acara badminton. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang pemain
badminton yang mewakili Malaysia untuk menyertai Sukan Olimpik 2008 di
China dalam acara badminton. Peningkatan pencapian yang cemerlang oleh
pemain-pemain sukan berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.






Secara keseluruhannya, kejayaan manusia dalam pelbagai bidang telah
meningkatkan imej negara Malaysia di seluruh dunia. Pencapaian luar
biasa dalam bidang perusahaan automobil, pembinaan pencakar langit,
bidang aeroangkasa, bidang pengangkutan dan perhubungan, dan bidang
sukan membolehkan rakyat negara kita bertanding dengan kejayaan yang
ditempa oleh orang barat. Sebenarnya kejayaan luar biasa ini juga
membangkit semangat bangsa Malaysia lebih berani “berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah” dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia. Oleh
itu, rakyat Malaysia harus bersikap sedia menghadapi segala cabaran
untuk mencapai wawasan 2020. Dengan itu, rakyat Malaysia perlu berusaha
gigih, bangga dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pelbagai pihak
bagi memajukan negara dalam pelbagai bidang.



Kemajuan Malaysia dalam Bidang Pentadbiran

At » 1:24 AM // 0 Comments »

Putrajaya


Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.


***-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------***

Kemajuan Malaysia dalam Bidang Bioteknologi

At » 1:10 AM // 0 Comments »
Pada akhir tahun 1970-an, bioteknologi malaysia mulai dikenal sebagai salah satu revolusi teknologi yang sangat menjanjikan pulangan lumayan di abad ke 20 ini.

Pentingnya bioteknologi malaysia secara strategik dan potensinya untuk menyumbang dalam bidang pertanian, pendidikan, kesihatan, sumber alam dan semulajadi mulai menjadi kenyataan yang semakin berkembang

Kejayaan bioteknologi malaysia Malaysia KEJAYAAN industri bioteknologi malaysia yang masih muda di Malaysia kini boleh dibanggakan. Ia adalah berkat kesungguhan pakar dan ahli sains tempatan dalam membangunkan bidang bioteknologi malaysia. Sokongan daripada kerajaan yang menyediakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menyeluruh turut membantu kejayaan itu.

Kebanyakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang bioteknologi malaysia kini dijalankan di sektor awam.

Untuk memperkenalkan dan menyelaraskan aktiviti bioteknologi malaysia di sektor awam maka National Biotechnology Directorate (BIOTEK) ditubuhkan.

Selain menjalankan dua tugas penting itu, BIOTEK turut berusaha mempromosikan penyertaan sektor awam dan swasta serta kesedaran awam terhadap kepentingan bioteknologi malaysia dalam masyarakat dunia.

Di peringkat nasional terdapat tujuh kategori bioteknologi malaysia yang menjadi tumpuan negara untuk dimajukan.

Tujuh kategori itu ialah biologi molekul, biologi tumbuhan, biologi haiwan, biologi perubatan, biologi alam sekitar dan industri, biofarmasi dan bioteknologi malaysia makanan.

BIOTEK turut menubuhkan National Biotechnology and Bioinformatics Network dan ia merupakan rangkaian ICT yang akan mempromosi perkongsian pengetahuan dan maklumat di kalangan komuniti bioteknologi malaysia.

Setakat hari ini, Malaysia berjaya menghasilkan sebanyak 10 produk bioteknologi malaysia dan dua daripadanya kini telah dikomersialkan iaitu produk `biological reagents' dan vaksin denggi.

Lapan produk bioteknologi malaysia lain yang dihasilkan itu ialah beras transgenic, anti kanser daripada mempisang, kit pengesan penyakit malaria, kit pengesan penyakit denggi, kit pengesan penyakit Japense Excephalitis, orkid wangi, tulips dan agen kawalan nyamuk Bacullis Spheras.

Kejayaan lain yang turut dicapai Malaysia ialah apabila dapat mempatenkan produk perkembangan bioplastik (development or bioplastic) dan pati Tongkat Ali dan Pegaga (extract of Tongkat Ali and Pegaga).

Kedua-dua produk yang dipatenkan itu adalah hasil kerjasama penyelidikan di antara Malaysia dan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Bagi memastikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) terpelihara hak ciptanya maka empat produk P&P bioteknologi malaysia yang lain turut dipatenkan.

Produk-produk itu ialah kit pengesan Brugia Malayi, gen dari virus denggi untuk vaksin, gen dari virus denggi untuk rawatan dan menentukan gen dari adenovirus.

Selain itu, pencapaian cemerlang Malaysia dalam bidang berkenaan ialah menghasilkan lima proses untuk bioteknologi malaysia.

Proses-proses itu ialah jus jernih (clarified juice), penyuburan tulip mengikut keperluan (cultivation of tulip under condition), prototaip kit pengesan penyakit pembawa tifoid (phototype kits for diagnosis of Typhoid carrier), perkembangan semburan vaksin untuk Pasteurella (development of spray vaccine for Pasteurella) dan menyuntik bakteria sebagai baja tiruan (bacterial innoculants as biofertiliser).

Menyedari kepentingan bidang bioteknologi malaysia dalam era ini maka beberapa langkah untuk memantapkan aktiviti bioteknologi malaysia di negara ini dilakukan dari semasa ke semasa. Justeru aktiviti P&P dalam bidang itu dipergiatkan dan setakat ini, sebanyak enam penemuan yang membanggakan berjaya ditemui.

Enam penemuan itu ialah empat gen berkaitan beras dan orkid dan dua gen berkaitan virus Japanese Encephalitis.



Kemajuan Malaysia dalam bidang perikanan

At » 1:05 AM // 0 Comments »


Negara-negara dan pihak yang terlibat dalam pengurusan perikanan, melalui suatu rangka kerja dasar, perundangan dan institusi yang sesuai, mengambil langkah-langkah bagi mengguna dan memulihara sumber perikanan yang mampan dan jangka panjang. Langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan, sama ada di peringkat negara dan serantau, hendaklah berdasarkan kepada bukti saintifik terbaik yang sedia ada dan direka bagi menjamin kemampanan jangka panjang sumber perikanan pada peringkat yang dapat menggalakkan matlamat mengoptimumkan penggunaan dan memelihara kewujudannya untuk generasi sekarang dan akan datang. Pertimbangan-pertimbangan jangka pendek tidak boleh mengabaikan matlamat ini.
Negara-negara hendaklah mengenalpasti pihak tempatan yang berkaitan yang mempunyai kepentingan yang sah bagi mengguna dan menguruskan sumber perikanan dan menetapkan aturan bagi berunding untuk mendapat kerjasama mereka bagi mencapai perikanan yang bertanggungjawab.

Bagi stok ikan lintas sempadan, stok ikan "straddling", stok ikan "highly migratory" dan stok ikan laut lepas, yang dieksploitasi oleh dua negara atau lebih, negara-negara berkenaan, termasuk negara-negara pantai yang relevan dalam hal stok "straddling"dan ikan "highly migratory" tersebut, harus bekerjasama untuk menentukan pemuliharaan dan pengurusan sumber yang berkesan. Ini harus dicapai melalui pembentukan sebuah organisasi atau rancangan perikanan serantau dua hala.
Suatu organisasi atau rancangan pengurusan perikanan serantau harus memasukkan wakil-wakil negara di mana bidang kuasa sumber perikanan itu berada, dan perwakilan dari negara-negara yang mempunyai kepentingan sebenar dalam perikanan atau sumber di luar bidang kuasa negara tersebut. Jika organisasi atau rancangan pengurusan perikanan serantau mempunyai kemampuan menetapkan langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan, negara-negara itu harus bekerjasama dengan menjadi anggota organisasi perikanan atau menjadi ahli dalam rancangan perikanan tersebut, dan mereka hendaklah berperanan aktif.
Negara-negara yang tidak menjadi ahli organisasi pengurusan perikanan serantau atau bukan ahli dalam rancangan pengurusan perikanan, serantau, harus bekerjasama, mengikut perjanjian dan undang-undang antarabangsa, dalam pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan yang relevan, dengan melaksanakan mana-mana langkah pemuliharaan dan pengurusan yang telah diterima pakai.
Wakil-wakil organisasi yang relevan; kerajaan dan bukan-kerajaan, yang berkaitan dengan perikanan, harus diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam mesyuarat sebagai pemerhati atau lain-lain, sesuai dengan prosedur organisasi atau rancangan berkenaan. Wakil-wakil itu harus diberi hak mendapatkan rekod dan laporan mesyuarat tersebut, bergantung kepada prosedur yang telah ditetapkan.
Negara-negara, mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing, harus menetapkan mekanisme yang berkesan bagi pemantauan, pengawaseliaan, pengawalan dan penguatkuasaan perikanan untuk menjamin kepatuhan terhadap langkah pemuliharaan dan pengurusan.
Negara-negara harus mengambil langkah untuk mencegah atau menghapus keupayaan penangkapan ikan yang berlebihan dan menentukan bahawa tahap usaha penangkapan ikan adalah berpadanan dengan penggunaan sumber perikanan yang mampan.

Negara-negara dan organisasi serta rancangan pengurusan perikanan serantau harus menjamin ketelusan mekanisme pengurusan perikanan dan dalam proses pembuat keputusan.

Negara-negara dan organisasi serta rancangan pengurusan perikanan serantau harus memberi publisiti ke atas langkah pemuliharaan dan pengurusan yang dijalankan serta menjamin bahawa undang-undang, peraturan dan lain-lain peraturan undang-undang berkaitan dihebahkan dengan berkesan. Asas dan tujuan langkah-langkah ini harus diterangkan kepada para pengguna sumber untuk mendapat sokongan mereka.
Matlamat Pengurusan
Menyedari bahawa penggunaan jangka panjang sumber perikanan yang mampan adalah matlamat yang lebih penting dari pemuliharaan dan pengurusan, negara-negara dan organisasi serta rancangan pengurusan perikanan serantau harus menerima pakai langkah yang sesuai berdasarkan pada bukti saintifik terbaik yang sedia ada, yang direka untuk mengekalkan atau memulihkan stok pada tahap usaha yang mampu menghasilkan "maximum sustainable yield' berdasarkan kepada faktor persekitaran dan ekonomi termasuk keperluan khas negara-negara membangun.
Langkah-langkah tersebut harus menetapkan antara lain agar:
a) penangkapan ikan yang berlebihan hendaklah dielakkan dan eksploitasi stok hendaklah kekal berdaya maju:

b) keadaan ekonomi di mana industri perikanan beroperasi menggalakkan perikanan yang bertanggungjawab:
c) kepentingan para nelayan, termasuk mereka yang terlibat dalam perikanan subsisten, perikanan berskala kecil dan perikanan artisanal, diambil kira:
d) kepelbagaian biologi habitat akuatik dan ekosistem dipulihara dan spesies terancam dilindungi:
e) stok ikan yang semakin berkurang diberi tempoh untuk pulih atau jika perlu dipulihkan secara aktif:
g) Pencemaran, sisa, ikan buangan, hasil tangkapan oleh alat tangkapan yang hilang atau yang terbiar, hasil tangkapan spesies bukan sasaran; baik spesies ikan maupun bukan-ikan, dan impak terhadap spesies "associated" atau "dependent" species, diminimumkan, melalui langkah termasuk, pembangunan dan penggunaan alat dan teknik penangkapan yang selektif, persekitaran yang selamat dan teknik dan peralatan penangkapan ikan yang berkesan kos.
f) Impak persekitaran yang merugikan akibat aktiviti manusia, dinilai dan diperbetulkan dimana perlu; dan
pencemaran, sisa, ikan buangan, hasil tangkapan oleh alat tangkapan yang hilang atau yang terbiar, hasil tangkapan spesies bukan sasaran; baik spesies ikan mahu pun bukan ikan, dan impak terhadap spesies yang berkaitan atau yang bergantung dengan spesies lain, diminimumkan, melalui langkah-langkah pembangunan dan penggunaan peralatan dan teknik penangkapan ikan yang selektif, persekitaran yang selamat dan kos efektif.
Negara-negara harus mengkaji impak faktor persekitaran ke atas stok dan spesies yang termasuk dalam ekosistem yang sama atau yang bersekutu dengan atau yang bergantung pada stok sasaran dan mengkaji hubungan antara populasi di dalam ekosistem.

Rangka Kerja Pengurusan dan Prosedur


 Pengurusan perikanan haruslah mengambil kira keseluruhan unit stok di semua kawasan taburannya, langkah-langkah pengurusan lalu yang telah ditetapkan, dipersetujui dan digunakan di kawasan yang sama, pergerakan keluar dan persesuaian biologi dan lain-lain ciri biologi stok. Bukti saintifik terbaik yang sedia ada harus digunakan bagi menentukan, antara lain, kawasan taburan sumber dan kawasan di mana ia berpindah semasa kitaran hidupnya.
Bagi memulihara dan mengurus stok ikan lintas sempadan, stok ikan "straddling", stok ikan "highly migratory"dan stok ikan laut lepas di sepanjang pergerakannya, langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan perikanan serantau yang sesuai yang telah ditetapkan hendaklah bersesuaian dengan stok-stok tersebut dan kemampuan negara-negara berkaitan. Kesesuaian harus dicapai mengikut hak, kemampuan dan kepentingan negara-negara tersebut.
Matlamat jangka panjang pengurusan harus diterjemahkan kepada pelan tindakan pengurusan, dirumuskan sebagai pelan pengurusan perikanan atau lain-lain rangka kerja pengurusan.

Negara-negara, organisasi pengurusan perikanan serantau di mana perlu, harus mewujud dan menggalakkan kerjasama dan penyelarasan antarabangsa bagi semua hal yang berkaitan dengan perikanan, termasuk pengumpulan dan pertukaran maklumat, penyelidikan, pembangunan dan pengurusan perikanan.

 Negara-negara yang ingin mengambil tindakan melalui organisasi bukan-kerajaan yang mungkin mempengaruhi langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan perikanan yang diambil oleh rancangan atau organisasi pengurusan perikanan serantau yang berkemampuan, hendaklah terlebih dahulu berunding dengan organisasi atau rancangan tersebut dan mengambil kira pendapat mereka.
Pengumpulan data dan nasihat pengurusan
Jika sesuatu langkah pemuliharaan dan pengurusan hendak diterima pakai, bukti saintifik terbaik sedia ada harus diambil kira bagi menilai keadaan semasa sumber perikanan dan kemungkinan impak dari langkah-langkah yang dicadangkan keatas sumber.

 Penyelidikan bagi menyokong pemuliharaan dan pengurusan harus digalakkan termasuk penyelidikan keatas sumber dan kesan oleh faktor cuaca, persekitaran dan sosio-ekonomi. Hasil penyelidikan harus disebarkan kepada pihak yang berkepentingan.

Kajian harus digalakkan bagi menyediakan pemahaman keatas kos, faedah dan kesan langkah pengurusan pilihan yang direka bagi mengrasionalkan perikanan, terutamanya pilihan berkaitan dengan keupayaan penangkapan ikan yang berlebihan dan tahap usaha penangkapan ikan yang berlebihan.

Negara-negara harus menentukan statistik yang dipercayai, lengkap dan sesuai dan usaha perikanan, dikumpul dan diselenggara mengikut amalan dan piawai antarabangsa dan cukup terperinci bagi membolehkan analisa statistik yang kukuh. Data tersebut harus dikemaskini selalu dan ditentusahkan oleh sistem yang sesuai. Negara-negara harus mengumpul dan mengedar data tersebut dengan cara yang konsisten.
Bagi menjamin pengurusan perikanan yang mampan dan mencapai matlamat sosial dan ekonomi, maklumat faktor sosial, ekonomi dan institusi yang cukup harus di kembangkan melalui pengumpulan data, analisa dan penyelidikan.

Negara-negara harus mengumpul data saintifik berkaitan perikanan dan lain-lain data sokongan yang berkaitan dengan stok ikan di dalam format antarabangsa yang dipersetujui dan menyediakannya dalam masa yang berjadual. Jika terdapat stok di bawah bidang kuasa lebih dari satu negara dan dimana tiada organisasi atau rancangan, negara-negara berkenaan harus bersetuju keatas mekanisme bagi kerjasama mengumpul dan bertukar-tukar data tersebut.

Organisasi pengurusan perikanan atau rancangan serantau harus mengumpul data dan memudahkan ketersediaannya dengan cara yang konsisten, dapat digunakan, tepat pada waktunya dan dalam format dan prosedur yang dipersetujui oleh organisasi dan pihak yang berkepentingan.

Pendekatan Yang Berhati-hati.
1 Negara-negara harus menggunakan pendekatan berhati-hati untuk memulihara, mengurus dan mengeksploitasi sumber hidup akuatik bagi melindungi dan memulihara persekitaran akuatik. Ketiadaan maklumat saintifik yang cukup harus tidak digunakan sebagai sebab bagi menunda atau gagal mengambil langkah pemuliharaan dan pengurusan.
Dalam melaksanakan pendekatan berhati-hati, negara-negara harus mengambil kira, antara lain, ketidak pastian yang berkaitan dengan saiz dan produktiviti stok, titik rujukan, keadaan stok yang berkaitan dengan titik rujukan tersebut, peringkat dan sebaran kematian ikan dan impak aktiviti perikanan, termasuk ikan buangan, spesies bukan sasaran dan spesies yang berkaitan atau bergantung dengan spesies lain serta keadaan persekitaran dan sosio-ekonomi.


 Berasaskan bukti saintifik terbaik sedia ada, negara hendaklah, antara lain, menentukan
a) titik-titik rujukan sasaran stok khas, pada masa yang sama, tindakan yang akan diambil bila ianya berlebihan; dan
b) titik-titik rujukan had stok khas dan, pada masa yang sama, tindakan yang akan diambil jika ia berlebihan; jika suatu titik rujukan had didekati; langkah yang harus diambil bagi memastikan bahawa ia tidak akan berlebihan.
Jika perikanan yang baru diusahakan atau bersifat menyelidiki, negara-negara harus segera menerima, langkah pemuliharaan dan pengurusan yang berhati-hati, termasuk, antara lain, had tangkapan dan had usaha. Langkah-langkah tersebut harus kekal sehingga cukup data bagi membenarkan penilaian impak perikanan keatas kemampanan stok bagi jangka panjang, di mana langkah pemuliharaan dan pengurusan berdasarkan penilaian harus dilaksanakan. Langkah ini, jika perlu, memungkinkan pembangunan perikanan secara beransur-ansur
Jika fenomena semulajadi mempunyai impak yang merugikan ke atas status sumber hidupan akuatik, negara-negara harus menerima pakai langkah pemuliharaan dan pengurusan sebagai keadaan kecemasan bagi menentukan aktiviti perikanan tidak menjadikan impak yang merugikan itu bertambah buruk. Negara-negara harus juga menerima pakai langkah kecemasan jika aktiviti perikanan mengancam kemampanan sumber. Langkah kecemasan ini harus bersifat sementara dan berdasarkan bukti saintifik terbaik sedia ada

 Langkah-Langkah Pengurusan
Negara-negara harus menentukan bahawa tahap penangkapan ikan yang dibenarkan berpadanan dengan keadaan sumber perikanan.
 Negara-negara harus menerima pakai langkah bagi menentukan tiada vesel penangkapan ikan dibenarkan menangkap ikan kecuali dengan kebenaran, menggunakan cara yang konsisten dengan undang-undang antarabangsa bagi laut lepas atau mengikut peraturan perundangan negara tersebut.
Jika terdapat keupayaan penangkapan ikan yang berlebihan, mekanisme harus ditetapkan untuk mengurangkan keupayaan ke tahap yang sepadan dengan penggunaan sumber perikanan yang mampan, bagi menjamin nelayan beroperasi dalam keadaan ekonomi yang menggalakkan perikanan yang bertanggungjawab. Mekanisme seperti ini harus termasuk pemantauan keupayaan armada vesel penangkapan ikan.
Prestasi semua peralatan tangkapan, kaedah dan amalan penangkapan yang ada harus diperiksa dan langkah diambil untuk memastikan semua peralatan penangkapan ikan, kaedah dan amalan yang tidak konsisten dengan penangkapan ikan yang bertanggungjawab dihapuskan dan diganti dengan alternatif yang boleh diterima. Dalam proses ini, perhatian khusus harus diberikan pada impak ke atas komuniti nelayan, termasuk kemampuan mereka mengusahakan sumber.
Negara-negara dan organisasi dan rancangan pengurusan perikanan harus mengawal penangkapan ikan bagi menghindari risiko sengketa di antara nelayan yang menggunakan vesel, peralatan penangkapan ikan dan kaedah penangkapan yang berbeza.
Apabila hendak memutuskan penggunaan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan, perakuan yang sepatutnya harus diberi, jika perlu, sesuai dengan undang-undang dan peraturan negara, kepada amalan tradisi, keperluan dan kepentingan penduduk asli dan komuniti nelayan tempatan yang sangat tergantung pada sumber perikanan sebagai mata pencarian mereka.

Semasa menilai langkah pemuliharaan dan pengurusan alternatif, keberkesanan kos dan impak sosialnya harus dipertimbangkan.
Keberkesanan langkah pemuliharaan dan pengurusan serta interaksinya harus dikaji secara berterusan. Langkah-langkah ini, jika perlu, harus di kaji semula atau dihapus jika terdapat maklumat baru.
Negara-negara harus mengambil langkah yang sesuai untuk meminimumkan sisa, ikan buangan, hasil tangkapan oleh peralatan tangkapan yang hilang atau yang terbiar, hasil tangkapan spesies bukan sasaran, kedua-dua spesies ikan dan bukan spesies ikan, dan impak negatif ke atas spesies berkaitan atau spesies yang bergantung kepada spesies lain khususnya spesies yang terancam. Jika perlu, langkah tersebut mungkin termasuk langkah teknikal yang berkaitan dengan saiz ikan, ukuran mata jaring atau alat tangkapan, ikan buangan, musim dan kawasan tertutup serta zon yang dicadangkan untuk perikanan terpilih, khususnya perikanan artisanal. Langkah tersebut harus dijalankan, jika perlu, untuk melindungi juvenil dan induk. Pembangunan dan penggunaan peralatan tangkapan dan teknik-teknik yang berkesan kos, selektif serta persekitaran yang selamat harus digalakkan.
Langkah bagi memulihkan sumber stok yang terancam dan berkurangan hendaklah diambil secara mampan dan mengikut rangka kerja dan kemampuan negara-negara. Usaha harus dibuat bagi menentukan sumber dan habitat yang penting yang telah dipengaruhi oleh penangkapan atau lain-lain aktiviti manusia dipulihkan.
Pelaksanaan

Negara-negara, harus menentukan rangka kerja pentadbiran dan perundangan bagi pengurusan perikanan dan pemuliharaan sumber perikanan yang berkesan.
Negara-negara harus menentukan bahawa peraturan dan perundangan disediakan bagi melakukan sekatan jika berlaku perlanggaran syarat, termasuk sekatan yang membenarkan penolakan, penarikan atau penggantungan kuasa untuk menangkap ikan jika tidak mematuhi langkah -langkah pemuliharaan dan pengurusan.
Negara-negara, bersesuaian dengan undang-undang negara mereka, harus melaksanakan langkah-langkah pemantauan, pengawalan, pengawaseliaan dan penguatkuasaan perikanan yang berkesan, termasuk program pemerhatian, skim pemeriksaan dan sistem pemantauan vesel. Langkah-langkah tersebut harus digalakkan dan, dilaksanakan oleh organisasi dan rancangan pengurusan perikanan serantau sesuai dengan prosedur yang telah dipersetujui.
Negara-negara dan organisasi dan rancangan pengurusan perikanan serantau harus bersetuju ke atas cara-cara di mana aktiviti organisasi dan rancangan akan dibiayai, dengan mengambil ingatan, antara lain, faedah-faedah relatif yang diperoleh dari perikanan itu dan perbezaan keupayaan negara-negara bagi menyediakan pembiayaan dan lain-lain sumbangan. Jika sesuai, dan apabila mungkin, organisasi dan rancangan itu harus berusaha memperoleh kembali kos-kos pemuliharaan, pengurusan dan penyelidikan perikanan.
Negara-negara yang menjadi ahli atau peserta organisasi atau rancangan pengurusan perikanan serantau harus melaksanakan langkah yang dipersetujui di peringkat antarabangsa yang diterima pakai dalam rangka kerja organisasi atau rancangan tersebut dan konsisten dengan undang-undang antarabangsa untuk menghalang aktiviti vesel yang didaftarkan oleh bukan ahli atau bukan peserta yang terlibat dalam kegiatan yang mengurangkan keberkesanan langkah pemuliharaan dan pengurusan yang telah ditetapkan.

Institusi Kewangan
Negara-negara harus menggalakkan institusi kewangan dan bank tidak menetapkan vesel tangkapan ikan atau vesel sokongan tangkapan ikan untuk didaftarkan di dalam bidang kuasa selain negara asal sebagai syarat pinjaman atau cagaran. Keperluan ini akan meningkatkan kemungkinan ketidak patuhan kepada langkah pemuliharaan dan pengurusan antarabangsa.
      Department of Fisheries (DoF)      Department of Verterinary Services (DVS)      Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI)      Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA)      Fisheries Development Authority of Malaysia (LKIM)      Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)      Agrobank      Muda Agricultural Development Authority (MADA)      Kemubu Agricultural Development Authority (KADA)      Malaysia Pineapple Industry Board (MPIB)      TEKUN

My photos. Now you know me.

Sejarah Malaysia

Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negeri - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

My favblog. Feeds from them.